Blogger Templates

Sunday, August 15, 2010

PROGRAM IHYA RAMADHAN FI QALBI-2010

Program Ihya Ramadhan adalah satu program yang diadakan tiap-tiap tahun dalam bulan Ramadhan.  Pada tahun ini tema nya adalah Ihya Ramadhan Fi Qalbi yang bermaksud Ramadhan di hatiku.....Semua murid yang beragama islam akan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang .  Tidak lupa juga bagi murid yang bukan beragama islam mereka juga ada aktiviti yang mereka sertai.  Program Ihya Ramadhan ini berjalan sepanjang Ramadhan iaitu setiap hari Jumaat. Antara aktiviti yang dirancang adalah aktiviti untuk Fungsi tinggi dan juga untuk Fungsi Rendah. Kemuncak aktiviti ini adalah di minggu akhir Ramadhan di mana murid miskin, anak-anak yatim di kalangan murid-murid di sini akan diberi sumbangan oleh pihak PKKI.  Tidak lupa juga sumbangan duit raya untuk semua murid PKKI...diikuti dengan beberapa  hadiah yang dimenangi oleh murid. Akhir sekali Pihak PKKI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru PKKI dan juga semua penderma yang dermawan di dalam majlis yang penuh barakah ini. Wassalam...